Cara Memohon Pengurangan MARA Secara Online

Sampai sekarang ramai yang masih tidak tahu bagaimana hendak buat pengurangan MARA. Ada yang kata perlu ke pejabat Mara untuk dapatkan pengurangan bayaran balik. Ada yang kata boleh buat secara online. Ya betul, dua dua tidak salah. Tapi kalau ada cara yang mudah kenapa pula kita nak buat ikut cara susah. Betul bukan?

Anda cuma perlu ikut sahaja cara cara dibawah, InshaAllah pengurangan anda terus diluluskan tanpa perlu “submit” permohonan banyak kali.

Apa yang anda perlu tahu tentang pengurangan ini ialah:-

  1. Pemohon perlu membuat bayaran komitmen RM300 atas akaun Pinjaman Pelajaran MARA(bukti pembayaran perlu disertakan). Bayaran tersebut adalah merupakan sebahagian daripada bayaran balik pinjaman.
  2. Salinan Sijil/Diploma/Ijazah/Master/Phd(disahkan benar) .
  3. Salinan transkrip rasmi penuh(disahkan benar) .
  4. Setiap pengesahan hendaklah dicop Nama, Jawatan dan Jabatan oleh pihak yang mengesahkan.

Langkah Pertama

Klik link ini e-Conversion Mara . Selepas itu login masuk mengunakan login ebaki.

Langkah Kedua

Lengkapkan butiran pemohon dan butiran pekerjaan. Maklumat mestilah benar.

Langkah Ketiga

Upload slip bayaran komitmen RM 300. Pastikan gambar slip itu jelas supaya senang untuk diluluskan.

Langkah Keempat

Upload skroll dan transkrip. Pastikan skroll dan transkrip tersebut telah disahkan benar. Pastikan upload file tersebut dalam bentuk pdf. Asingkan skroll dan transkrip dalam pdf file yang berlainan dan upload ditempat yang betul.

Sila semak status prosesan conversion secara berkala dalam masa 30 hari untuk pastikan butiran kita diterima.

Langkah Terakhir

Login masuk ke dalam Sistem e-Baki dan klik semakan conversion

Selepas itu, tunggu sehingga permohonan anda diluluskan. Selalunya ambil masa 3 bulan minimum untuk diluluskan.

#INFO TAMBAHAN

cara membuat bayaran komitmen RM 300

Boleh rujuk artikel ini https://www.tehtarikbungkus.com/2019/11/03/cara-membuat-bayaran-mara-melalui-cimbclicks/

Itu sahaja perkongsian dari saya. Semoga bermanfaat buat anda semua. Selamat Maju Jaya.

24 Replies to “Cara Memohon Pengurangan MARA Secara Online

      1. Saya sudah tamat pengajian master (penyelidikan). Saya ingin memohon pengurangan bayaran balik pinjam an MARA.Tapi kami yg buat master in research (UITM) tiada transkrip rasmi.. Kami hanya ada skrol master shj.. Bagaimana yer?mohon pencerahan.

        1. Tidak boleh memohon pengurangan lagi, sebab syarat memohon perlu ada transkrip rasmi.

          1. Kelayakan Memohon :
          a) Pelajar lulus pengajian yang diikuti di bawah Tajaan MARA.

          2. Dokumen yang perlukan untuk permohonan :
          a) Salinan Sijil/Diploma/Ijazah/Master/Phd (disahkan benar)
          b) Salinan transkrip rasmi penuh (disahkan benar)

          Salinan Sijil/Diploma/Ijazah/Master/Phd disahkan benar oleh Pegawai Kerajaan atau Badan Berkanun Kumpulan A dan Penghulu/Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan & Keselamatan Kampung (JKKK)/Sidang/Jaksa Pendamai(JP)/Wakil Rakyat/Pegawai Dalam Perkhidmatan Perundangan & Kehakiman seperti Majistret/Peguam.

          Sila rujuk link ini http://online06.mara.gov.my/econversion/doc/syarateconv.pdf

      1. Saya masih tidak berapa faham part ni. Adakah saya perlu membayar pada akaun MARA atau pada akaun sendiri yang tiap bulan MARA bagi elaun tu ye?

  1. Terima kasih atas pendedahan cara yang diberikan. Namun begitu, dalam akaun CIMB saya, tiada nama Majlis Amanah Rakyat (MARA) seperti yang ditunjuk saudara. Saya juga tidak menemukan nombor account MARA ditempat lain. Adakah nombor account MARA yang ditunjukkan saudara itu nombor account MARA yang perlu digunakan untuk membuat bayaran komitmen ini? Terima kasih.

    1. Tidak, Jika anda login ke akaun ebaki, di jadual bayaran itu anda boleh lihat butiran seperti ini

      Nama : xxxx
      No. Akaun Pelajar : 330391194379 (Ini adalah no akaun MARA. Setiap orang mempunyai no akaun berbeza)
      No. Kad Pengenalan : xxxxx
      Amaun Pinjaman : RM xxxx
      Amaun Perlu Bayar Balik : RM xxxx

  2. salam, saya nak bertanya, bayaran komitmen tuh bayaran apa yer? kedua, kalau saya bayar bayaran komitmen, bemakna saya tak perlu bayar bulanan sehingga keputusan pengurangan keluar, betul ker? ketiga, mini transkrip boleh digunakan ker dalam permohonan sebab saya sudah tamat pengajian tetapi masih belum konvo lagi.

    1. Bayaran komitmen RM 300. Walaupun dah bayar bayaran komitmen RM 300, bayaran bulan perlu diteruskan seperti biasa sebab syarat pengurangan mestilah tiada tunggakan di akaun pinjaman mara. Permohonan yang tidak lengkap dan mempunyai akaun yang bertunggakan tidak akan diproses. Hanya sijil transkrip penuh sahaja boleh digunakan, Sijil itu mestilah disahkan benar. Boleh rujuk https://econversion.mara.gov.my/doc/syarateconv.pdf

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *