Cara-Cara Beli No Pin Muet Online

Sebelum Membuat Pembelian Sila Pastikan:-

  1. Bagi calon yang mendaftar MUET, pendaftaran tidak berjaya sekiranya pusat menduduki peperiksaan tidak dipilih.
  2. Sila pastikan calon menyimpan/mencetak penyata pendaftaran (MUET/PP) agar dapat memastikan pendaftaran telah berjaya.
  3. Calon dikehendaki membaca terlebih dahulu Arahan dan Panduan Pendaftaran Calon di portal MPM www.mpm.edu.my atau klik di sini sebelum membuat pendaftaran online bagi memastikan semua maklumat berhubung pentadbiran MUET diperoleh dengan tepat.
  4. Sila semak kekosongan pusat ujian MUET sebelum membeli no pin MEC. Sila semak disini “Semak Kekosongan Pusat Ujian MUET

Sekarang ni dah tak perlu nak beratur panjang untuk beli pin muet. Anda boleh sahaja beli pin secara online. Mari saya tunjukkan caranya.

Untuk pembelian muet secara online anda perlu sediakan:-

RM 100 untuk pembelian pin

RM 2 untuk caj perkhidmatan.

Total hanya RM 102 sahaja

Cara Cara Untuk Beli

  1. Klik link ini https://dapatpay.dapat.com/mpm/ untuk pergi ke laman web rasmi MPM.
  2. Masukkan nombor kad pengenalan / IC tanpa ada simbol – .
  3. Masukkan nombor telefon tanpa ada simbol – .
  4. Masukkan email yang anda guna. NOTA: Pastikan email anda active. Kerana no pin akan dihantar melalui email tersebut.
  5. Pilih servis sebagai MUET dan kemudian sila pilih pembayar melalui FPX iaitu pembayaran secara online.
  6. Kemudian pilih bank yang anda nak guna untuk buat pembayaran online. Contoh seperti CIMBCLICKS. Selepas itu, tick pada term and condition dan tekan butang bayar.

Selepas anda berjaya membuat pembayaran. Anda akan menerima email daripada MPM disertakan dengan nombor pin.

Mudah sahaja. Semoga info ini bermanfaat . Selamat menduduki Ujian MUET.

53 Replies to “Cara-Cara Beli No Pin Muet Online

  1. saya dah daftar muet secara online tapi email tu saya dah terdelete so dah lupa no pin mec. macam mana nak dapat kan semula no pin mec?

    1. Gagal disebabkan apa ? Kalau masa nak buat pembayaran online tu gagal, Itu disebabkan perkhidmatan bayar online ditutup selepas pukul 12 mlm. Cuba lagi pada waktu siang.

  2. Salam. Saya nak beli no pin muet bagi pihak anak saya. Boleh ke pembayaran online dibuat menggunakan akaun bank milik saya. T’kasih…

  3. Salam. Saya nak beli no pun muet bagi pihak anak saya. Bolehkah pembayaran online melalui akaun bank milik saya. T’kasih

  4. Assalamualaikum,saya sudah buat pembelian no pin muet online semalam pada jam 9:35 (31.3.2020) tetapi sampai sekarang x dapat email.Saya dah cek ,email saya dah betul dan aktif

    1. Boleh cuba hunbungi pihak MPM di talian TEL: 03-61261600 FAKS: 03-61361488 E-MAIL: ppa@mpm.edu.my . Kemungkinan pada masa tu ramai yang beli pin muet, maybe system tertinggal untuk send email. Kalau ikutkan lepas beli automatik terus dapat email.

  5. sorry ,saya sudah beli pin nomber muet semalam tetapi sampai sekarang pun tiada e-mail atau massage bagi tau pin nomber saya.

  6. Salam, kenapa saya tak boleh nak beli nombor pin utk muet ye, dia tulis tiada perkhidamatan muet. Kalau mcm tu nak buat mcm mana ye. Sbb kawan saya beli semalam okay je.

  7. Saya sudah dapat no pin melalui sms, tetapi tidak melalui email. Saya ada masalah sewaktu ingin mendaftar sebagai pengguna baharu, email dan nombor ic saya belum didaftarkan.

  8. saya beli muet untuk 2021 sesi 1 ,tapi kenapa bila beli pin dia kata 2020 sesi 1? sebab sepatut nya pendaftaran muet 2021 sesi 1 dibuka hari ni.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *