5 Sebab Kenapa Anda Perlu Menjual Di Shopee

Mesti anda semua sudah tahu apa itu Shopee. Bagi yang tidak tahu, Shopee merupakan satu platform menjual dan membeli secara online terbesar di Malaysia.

Kenapa terbesar ? Sebab bilangan pelawat ke platform ini dianggarkan seramai 21 juta orang sebulan. Iaitu seramai 700,000 ribu orang sehari. Ramai bukan ? Peluang anda untuk dapatkan “sales” teramat lah tinggi.

Sebab perlu jual di Shopee

1. Percuma

Percuma ? Ya 100% percuma. Ini yang menariknya platform jual beli Shopee. Tidak seperti platform online yang lain, anda boleh membuka kedai di sini secara percuma. Jadi apa tunggu lagi ? Jom rebut peluang untuk tambahkan pendapatan.

2. Poslaju ditaja oleh Shopee

Shopee ada menawarkan untuk membayar semua kos penghantaran anda kepada pelanggan.

Namun tawaran ini terhad, anda bernasib baik jika tawaran dibuka, terus memohon. Sekiranya anda belum layak untuk mendapat tawaran pos percuma ini, Shopee tetap memberi diskaun postage kepada pelanggan anda, sebagai contoh sekiranya anda meletakkan kos untuk pos ialah RM7.30, Shopee akan taja RM2.30 dan pelanggan anda hanya perlu bayar RM5 untuk postage, anda tetap akan mendapat jumlah penuh.

3. Sistem online mudah

Mesti ada di kalangan anda semua yang cakap yang menjual di Shopee ni susah. Anda silap, menjual di Shopee ini sebenarnya terlalu mudah. Kenapa saya cakap mudah ? Sebab dengan mengunakan handphone pun anda sudah boleh menjual di Shopee.

Anda juga boleh import gambar dan listing daripada akaun Instagram anda. Anda hanya perlu linkkan akaun Instagram untuk import terus gambar dan detail barang dari Instagram.

4. Mobile Friendly

Shopee adalah portal online yang mesra pengguna handphone, pengguna boleh download apps Shopee, anda sebagai penjual juga boleh menguruskan tempahan menggunakan apps di telefon bimbit sahaja, termasuk mengemas kini nombor tracking dan membalas mesej pelanggan.

Anda juga boleh memasukkan produk, gambar, butir-butir dan harga dengan menggunakan mobile apps sahaja. Cukup mudah, tanpa beli laptop pon anda boleh meniaga seperti seorang professional.

5. Pendapatan tidak terhad

Ini yang best! Pendapatan yang anda boleh dapat di Shopee adalah tidak terhad, anda boleh mendapat pendapatan sehingga 5 angka sebulan bergantung kepada usaha anda.

Berikut adalah contoh pendapatan di salah satu akaun Shopee yang saya kendalikan. Berdasarkan gambar di bawah, jumlah jualan terkumpul ialah sebanyak RM 77,155.93. Dengan jumlah jualan mingguan sebanyak RM1000-RM3000. Ini adalah screen shot yang sebenar dan saya sedang mengendalikan beberapa akaun Shopee dengan pelbagai jenis produk.

Mesti ramai masih tertanya tanya, bagaimana hendak mula, produk apa hendak dijual , macam hendak setup kedai di Shopee dan sebagainya. Jangan risau, saya sudah sediakan Panduan Menjual di Shopee.

Apa yang terdapat dalam Panduan ini ialah:-

  • Cara mendaftar dan set kedai anda.
  • Cara masukkan produk ke dalam kedai Shopee anda.
  • Cara nak menguruskan order.
  • 6 Langkah Setel Problem Barang Tak Sampai/ Rosak.
  • 4 Teknik Promosi .
  • Saya juga kongsikan 5 pihak yang boleh anda “usha” untuk mendapatkan bekalan produk jualan anda di Shopee.
  • Ada 3 kaedah niaga saya kongsikan yang mana, ianya tidak memerlukan anda untuk menyimpan stok untuk mula berniaga di Shopee.
  • Saya kongsikan pembekal dropship yang power dan boleh dipercayai dalam ebook ini! Pembekal ini ada lebih 100,000 produk yang boleh anda jual.
  • Teknik 1000 follower seminggu.

Klik Panduan Menjual di Shopee untuk dapatkan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *