Cara-Cara Beli Pin Ulangan STPM Online

Bagi yang tidak tahu, pin ulangan STPM boleh dibeli secara online. Caranya tersangatlah mudah. Tak perlu pergi ke kaunter BSN pun. Jimat masa dan tenaga.

Cara-Cara Untuk Membeli

  1. Klik link ini https://dapatpay.dapat.com/mpm/ untuk pergi ke laman web rasmi MPM.
  2. Masukkan nombor kad pengenalan / IC tanpa ada simbol – .
  3. Masukkan nombor telefon tanpa ada simbol – .
  4. Masukkan email yang anda guna. NOTA: Pastikan email anda active. Kerana no pin akan dihantar melalui email tersebut.
  5. Pilih servis sebagai STPM kemudian sila pilih perkhidmatan sebagai ulangan.
  6. Pilih jumlah mata pelajaran yang anda hendak ulang. 1 mata pelajaran berharga RM 50.
  7. Pilih cara pembayaran secara FPX iaitu pembayaran secara online.
  8. Pilih bank yang anda hendak gunakan untuk melakukan pembayaran.
  9. Selepas itu, tick pada term and condition dan tekan butang bayar.

Selepas itu , anda perlu login ke akaun bank online anda dan anda akan nampak skrin seperti dibawah.

Bagi pembayaran yang berjaya, anda boleh semak emel anda. Anda juga boleh tekan print untuk simpan resit anda.

Buka emel dan klik pautan “Klik Disini” yang disediakan untuk print slip anda.

Mudah sahaja. Semoga info ini bermanfaat buat anda semua. Boleh share kepada kawan kawan yang tidak tahu. Terima Kasih

39 Replies to “Cara-Cara Beli Pin Ulangan STPM Online

    1. Ya betul. Hanya jumlah subjek saja yang dinyatakan. Contoh nak ulang subjek pam sahaja, dkt situ cuma perlu pilih 1 mata pelajaran. Kalau 2 jenis subjek nak repeat, 2 mata pelajaran perlu dipilih

      1. Tapi madam mana kita nak pastikan subjek yang kita ingin ulangan? Sedangkan dia tak nyatakan subjek apa cuma jumlah subjek sahaja

  1. Senarai bank yang boleh digunakan untuk pembayaran FDX itu. Boleh senaraikan atau semua bank boleh digunakan.

    1. Semua bank yang menyediakan perkhidmatan online banking boleh digunakan. Seperti Maybank, Cimb, Bank Rakyat, Ambank, BSN, Bank Islam, RHB dan banyak lagi. Atau anda boleh pergi ke link yang disediakan, disitu nanti anda akan diberi pilihan bank untuk membuat pembayaran.

  2. Kalau kita pergi ke kaunter BSN nak beli no pin, kena sertakan ic sekali ke? Sebab saya di kampung dan ic saya tinggal di rumah. Kalau boleh nak beli dekat kampung sebab last minggu ni..Harap dapat reply dengan pantas sebab saya nak pergi beli. Terima kasih sangat-sangat.

    1. Saya pun tidak pasti. Dia based on developer mpm , berapa lama dia amik masa untuk baik pulih website tu. Tapi selalunya paling lama pun dalam seminggu. Tapi anda boleh cuba guna alternatif lain seperti minta orang lain tolong belikan.

      1. hello, nak tanya? jika ic yang saya letakkan itu salah apa penyelesaiannya? adakah saya patut beli pin baru atau boleh bincang dengan pihak bsn atau macam mana?

  3. mamac mana kalau silap letak email tu? burn ka duit yg sda kna bayar? sebab saya tidak dapat email dri mpm lagi. atau ada apa-apa cara lain untuk dapatkan email dari mpm?

  4. Utk bhgian email, kena masukkan email si pembayar ka atau emel budak yg akan duduki ulangan tu?? Sbb sya nak belikan utk anak saya.. Mcm mana yerr huhu

    1. Tak kisah email siapa, yang penting email tersebut mestilah active dan boleh terima email dari pihak MPM. Sebab pin akan dihantar kepada email yang anda masukkan di situ.

      1. Saya dah beli pin number untuk 3 subjek tetapi ada dua subjek yang lain saya nak repeat sebab baru pointer boleh dinakkan. Oleh sebab ada 5 subjek…saya pilih 3 sebab ada banyak untuk cover. Tetapi saya ingin beli pin lain untuk 2 subjek tersebut baru saya boleh capai matlamat saya dalam STPM. Ada sesiapa boleh bantu saya. Cikgu sekolah kata tak boleh ada dua pin sebab akan berlaku permasalahan apabila daftar. Bagaimana saya dapat menyelesaikan masalah saya? Saya hendak ulang 5 subjek tersebut baru saya boleh capai matlamat saya. Tolongkan saya kawan-kawan.

  5. Saya dah beli pin number untuk 3 subjek tetapi ada dua subjek yang lain saya nak repeat sebab baru pointer boleh dinakkan. Oleh sebab ada 5 subjek…saya pilih 3 sebab ada banyak untuk cover. Tetapi saya ingin beli pin lain untuk 2 subjek tersebut baru saya boleh capai matlamat saya dalam STPM. Ada sesiapa boleh bantu saya. Cikgu sekolah kata tak boleh ada dua pin sebab akan berlaku permasalahan apabila daftar. Bagaimana saya dapat menyelesaikan masalah saya? Saya hendak ulang 5 subjek tersebut baru saya boleh capai matlamat saya. Tolongkan saya kawan-kawan.

  6. Hai anyone can enlighten me ? Sy guna mybsn untuk beli number pin. Tapi sy x dapat emel pengesahan pembelian dari mpm. Nasib baiknya sy sempat screenshot butiran transaksi intuk ulangan sem 1 sebelum log out dari mysbn.

    Yang jadi masalahnya untuk nombor pin muet. Sy dah pilih pembayaran turan muet confirmkan apa semua tapi takde pun nombor mec tu.. yang ada hanya nombor pin.. Sy buat transaction guna laptop dan sy x sempat nak ss atau print details tu.. Sekarang sy still x dapat apa-apa emel dari mpm (sama macam masa beli nombor pin ulangan) sedangkan duit dah ditolak dari bank acc.

    Persoalan sy sekarang ni :

    1) Kenapa saya x dapat emel untuk 2x pembelian tu ? Adakah sebab sy x daftar emel sy semasa daftar mybsn ?

    2) Kenapa masa sy beli nombor pin muet tu nombor mec xde ? Sy silap beli benda lain ke ?

    Just so you guys know,
    1. untuk dua-dua transactions tu sy guna mybsn.
    2. Masa daftar mysbn dia x mintak emel pun.
    3. Saya nak nangis ni, tolong pleaseeee

    1. Haa mungkin macau scamm … hahaha.. Takde la itu cara baru dorg hantar pin number. Kalau ikutkan MPM akan hantar melalui email. Mungkin sebab ramai yang complain tidak dapat email, itu yang MPM hantar melalui whatsapp.

    1. Tidak tentu. Selalunya selepas pukul 12 malam, kita tidak boleh untuk melakukan transaksi lagi. Tapi bergantung pada bank juga. Sebolehnya lakukan la transaksi sebelum pukul 12 malam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *