Sebelum Membuat Pembelian Sila Pastikan:-
- Bagi calon yang mendaftar MUET, pendaftaran tidak berjaya sekiranya pusat menduduki peperiksaan tidak dipilih.
- Sila pastikan calon menyimpan/mencetak penyata pendaftaran (MUET/PP) agar dapat memastikan pendaftaran telah berjaya.
- Calon dikehendaki membaca terlebih dahulu Arahan dan Panduan Pendaftaran Calon di portal MPM www.mpm.edu.my atau klik di sini sebelum membuat pendaftaran online bagi memastikan semua maklumat berhubung pentadbiran MUET diperoleh dengan tepat.
- Sila semak kekosongan pusat ujian MUET sebelum membeli no pin MEC. Sila semak disini “Semak Kekosongan Pusat Ujian MUET“
Sekarang ni dah tak perlu nak beratur panjang untuk beli pin muet. Anda boleh sahaja beli pin secara online. Mari saya tunjukkan caranya.

Untuk pembelian muet secara online anda perlu sediakan:-
RM 100 untuk pembelian pin
RM 2 untuk caj perkhidmatan.
Total hanya RM 102 sahaja
Cara Cara Untuk Beli
- Klik link ini https://dapatpay.dapat.com/mpm/ untuk pergi ke laman web rasmi MPM.
- Masukkan nombor kad pengenalan / IC tanpa ada simbol – .
- Masukkan nombor telefon tanpa ada simbol – .
- Masukkan email yang anda guna. NOTA: Pastikan email anda active. Kerana no pin akan dihantar melalui email tersebut.
- Pilih servis sebagai MUET dan kemudian sila pilih pembayar melalui FPX iaitu pembayaran secara online.
- Kemudian pilih bank yang anda nak guna untuk buat pembayaran online. Contoh seperti CIMBCLICKS. Selepas itu, tick pada term and condition dan tekan butang bayar.


Selepas anda berjaya membuat pembayaran. Anda akan menerima email daripada MPM disertakan dengan nombor pin.


Mudah sahaja. Semoga info ini bermanfaat . Selamat menduduki Ujian MUET.
saya dah beli no pin online semalam tapi masih tak dapat email sampai sekrang, macam mana ye?
Boleh hubungi 03-61261600 (No Rasmi MPM) untuk pertanyaan lanjut. Ini laman web rasmi dia http://portal.mpm.edu.my/muet1
sesi manaΒ² pun boleh beli online ka??
Awak dah dapat ke no pin ?
Salam saya nk beli pin tapi diebagi tiada perkhidmatan muet. Macam mana ni?
Wasalam. Perlu beli di Bank BSN berhampiran. Maybe perkhidmatan online sedang dinaik taraf
saya dah daftar muet secara online tapi email tu saya dah terdelete so dah lupa no pin mec. macam mana nak dapat kan semula no pin mec?
Boleh cuba tengok dekat Trash folder dalam gmail.
boleh saya tahu berapa lama tempoh email tu dia hantar sebab saya dah beli nombor pin melalui online
Sila pastikan email yang anda masukkan itu betul. Kalau tak dapat juga boleh cuba hubungi mpm TEL: 03-61261600 FAKS: 03-61361488 E-MAIL: ppa@mpm.edu.my
Boleh saya tanya cik mija, cik sudah dapat no pin tersebut? Berapa lama tempoh email dihantar?
Hi,lama tak nak tunggu email pin tu dapat? π
Hai, saya nak tanya. Boleh ke kalau saya jual number pin muet dekat orang lain?
Tak boleh. Sebab no pin anda beli tu dah register atas number ic anda.
Jika tersalah beli sesi muet, boleh replace tak? sebab sekolah sya sesi 3
Boleh cuba hunbungi pihak MPM di talian TEL: 03-61261600 FAKS: 03-61361488 E-MAIL: ppa@mpm.edu.my
Saya Cuba untuk beli no pin tapi keputusan asyik gagal, boleh saya tahu kenapa? Duit dalam bank mencukupi. Apa saya perlu buat?
Gagal disebabkan apa ? Kalau masa nak buat pembayaran online tu gagal, Itu disebabkan perkhidmatan bayar online ditutup selepas pukul 12 mlm. Cuba lagi pada waktu siang.
Kawan saye tak boleh pergi ke BANK BSN kerana PKP. Boleh ke saye pergi belikan no pin untuk MUET bagi pihak dia?
Boleh. Make sure guna no ic dia lah.
Salam. Saya nak beli no pin muet bagi pihak anak saya. Boleh ke pembayaran online dibuat menggunakan akaun bank milik saya. T’kasih…
Wasalam. Boleh puan. Yang penting diruangan IC tu masukkan No IC anak puan.
Salam. Saya nak beli no pun muet bagi pihak anak saya. Bolehkah pembayaran online melalui akaun bank milik saya. T’kasih
Wasalam. Boleh puan. Yang penting diruangan IC tu masukkan No IC anak puan.
Assalamualaikum,saya sudah buat pembelian no pin muet online semalam pada jam 9:35 (31.3.2020) tetapi sampai sekarang x dapat email.Saya dah cek ,email saya dah betul dan aktif
Boleh cuba hunbungi pihak MPM di talian TEL: 03-61261600 FAKS: 03-61361488 E-MAIL: ppa@mpm.edu.my . Kemungkinan pada masa tu ramai yang beli pin muet, maybe system tertinggal untuk send email. Kalau ikutkan lepas beli automatik terus dapat email.
Awak dh dpt ke no pin tu?
nur syahirah dah dpt email ?
kenapa die kate tiada perkhidmatan MUET yang dibuka ??
mohon penjelasan
mungkin ditutup buat sementara waktu. Sebab ramai yang masih tidak dapat email lagi. Boleh cuba pada esok hari.
saya belum dapat sampai sekarang pin nomber saya .
sorry ,saya sudah beli pin nomber muet semalam tetapi sampai sekarang pun tiada e-mail atau massage bagi tau pin nomber saya.
Mungkin lambat sikit sampai sebab ramai yang beli pin muet sekarang.
saya belum dapat sampai sekarang pin nomber saya .
Salam, kenapa saya tak boleh nak beli nombor pin utk muet ye, dia tulis tiada perkhidamatan muet. Kalau mcm tu nak buat mcm mana ye. Sbb kawan saya beli semalam okay je.
mungkin ditutup buat sementara waktu. Sebab ramai yang masih tidak dapat email lagi. Boleh cuba pada esok hari.
Salam, kalau kita nk batalkan pembayaran onlibe dpt ke even dh byr?
Saya dh dapat emel tu. Thanks
hye macam mana nak batalkan pembayaran online ye?
Saya sudah dapat no pin melalui sms, tetapi tidak melalui email. Saya ada masalah sewaktu ingin mendaftar sebagai pengguna baharu, email dan nombor ic saya belum didaftarkan.
Email mungkin dapat lewat. Sebab ramai yang beli pin muet tu
Saya nak tnye kalau dh beli no pin tpi x dpt boleh ke beli yg baru?
Cuba dulu hubungi mpm TEL: 03-61261600 FAKS: 03-61361488 E-MAIL: ppa@mpm.edu.my.
dah call tapi yang angkat tu guard dia cakap pkp mmg tak bukak and dia suruh tunggu smpai 14 April.
samalah.dah call org tu kata pkp mmg x dpt email lagi .
Terima kasih info . Sangat sangat membantu . ππΌππΌ
Salam,adakah memadai kalau hanya dpt no pin muet melalui sms tapi tidak dapat email. Tq
salam, saya nak beli online tapi option untuk perkhidmatan hanya ade semak semula sahaja, kenapa ya?
Pin unik id dan pin mec beza ke?
saya beli muet untuk 2021 sesi 1 ,tapi kenapa bila beli pin dia kata 2020 sesi 1? sebab sepatut nya pendaftaran muet 2021 sesi 1 dibuka hari ni.
mec-pin yang diterima sama ada dalam 5-digit or 6-digit ? (selepas pembayaran )
Kenapa no pin saya tak diterima ya? Padahal dah betul saya masukkan no tu
Hi,lama tak nak tunggu email pin tu dapat?